membebel (draft)
Monday, 19 June 2017 | 09:29 | 0 comments
hai. entah kenapa tetiba rasa nak post something even aku pun tktau nak bukak cerita apa. tapi yang pasti aku tak akan menjaja cerita, mengumpat atau sebarkan gosip-gosip panas dan liar. (kalau aku tak sengaja, tu mmg tanpa sedar) sebab apa tau cerita dia, line wifi yang laju tetiba 'automatically' ni mengundang betul. mengundang jari jemari gatal aku untuk menaip apa apa saja di ruangan ini. (sebenornya aku tengah busy buat assignment, lek jap. chill sap vape sapkok padulu)
okay orait, lama jugak aku tak menghamburkan luahan kata madah dekat ruangan ni. ada lah jugak terdetik di minda pasal blog ni. Apa kabor blognya? sehat ke idak? siapa yang baca? agak-agak ada orang baca ke? dan kenapa aku perlu berasa begitu?? dan diakhiri dengan sifat perasantan yang tak sudah.
assignment belambak siot, seminggu ni deret ada test ja. ada yang aku boleh jawab ada tu aku bantai ja. bukan apa disebabkan banyak sangat yang perlu dihafal diingati aku rasa kepala otak aku dah memory full takleh paksa masuk dah. 32gb penuh. cehhh cehhh cehhh
macam tak percaya ja lagi berapa bulan ja lagi aku dekat kv taiping ni sebelum aku start praktikal. tempat praktikal pun aku tak cari lagi. sakai kan. entah bila nak cari. ikut hati tu risau sebab tak survey awal. sebab aku bila orang push baru aku nak buat kan.
Being A Vocational Student :)
Monday, 29 August 2016 | 01:42 | 0 comments
Assalamualaikum...selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pelajar ataupun pekerja hari ini. alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara milik Tuhan hehehehehe
Rasa hari ni macam boleh nak post sesuatu dekat blog yang dahulunya menjadi tumpuan utama untuk aku meluahkan segalanya. (Taklah segalanya, tapi bolehlah. ehem) Sebenarnya aku dekat computer lab sebab minggu ni memang mendap mendak lecak j*d*h taktau nak cerita dengan spesifik. Minggu kv skill dan aku menunjukkan skill tido makan tengok makeup tutorial. takpun aku hadap lah muka dak-dak kelas aku , kau hadap muka aku aku hadap muka kau. sesekali tak berhadapan pun dah sorang tengok fon takkan aku nak perati ja dia buat apa, satgi pikir aku ada niat lain
Being a vocational student is not easy as we thought before. kami ni lab rats, everything macam messy and tak ready. masih tertanya-tanya nak buat apa. boleh dikatakan kami memperjudikan nasib masing-masing. At first, aku masuk kv ni sebab aku nak lari dari peperiksaan penting iaitu SPM. gila kan? macam unmatured betul pemikiran aku masa tu. Ambil keputusan macam ni sebab nak lari dari hadap benda yang tak seronok. Seronok ka jawab exam? entah aku pun taktau. yang aku tau bila aku nak jawab sesuatu test, seluruh tubuh badan serta organ dalaman 'automatic on' bergerak balas. Perut tiba-tiba tu lah nak berak, tangan sejuk tiba-tiba macam baru keluar peti sejuk, otak macam nak hambur segala apa yang aku hafal dan tak hadam langsung tapi kena jolok tanpa belas kasihan(usap kepala sendiri. nak relax macam mana lagi. aduh. Tuhan saja yang memahami kan.
start dari first year, everything was okay. study benda basic and academic smpai masuksecond year kami kena hadap exam macam SPM. MACAM okay MACAM. lain macam jugaklah aku jawab. segala sejarah mak nenek semua dah bercampur macam nasi campur dah. tapi nasi campur sedap, ni tak sedap sangat. kelat.
Alhamdulillah, aku boleh jawab segala persoalan yang diuji dekat helaian kertas dengan baik. Even result tidaklah 4 flat tapi masih boleh buat mak abah aku bangga. Thank you Allah. Banyak kali juga aku dengar dari mulut-mulut orang macam cikgu dari sekolah rendah lagi. "Nazwa ni pandai cuma malas ja" "Awak ni belajar bagus cuma kena tingkatkan sikit kerajinan tu okay?" "It's a little bit more, i know u can do it well after this" HAAH AKU MEMANG MALAS PUN. hmmmmmm
masuk tahun 3, episod struggle aku bermula. macam-macam benda aku rasa start aku langkah masuk tanah kolej vokasional taiping. Aku ingatkan semua jadi mudah, rupanya makin serabut sebab assignment dan perlakuan pensyarah-pensyarah kau semua macam dah berlaku seperti kolej (cuma waktu belajar ja tak macam kolej sbenar sbb balik pukul 5 ptg hmmm tak syok ah) Apa yang aku lakukan hanya berserah menyerah dan segala 'ah' lah.
memandangkan aku merupakan pelajar hostel, nak kata masa yang diberikan cukup tak untuk aku? bergantung pada cara aku uruskan masa aku sendiri. mmg kekadang bengang dengan pengurusan masa di asrama dengan aktiviti yang aku rasa macam tak patut ada dan mengganggu kerja aku dan pemikiran aku menuju ke arah menjadi pelajar luar. (kau rasa mak bapak aku nak bagi aku duk luar?)
selagi boleh duduk dalam duk ja dalam katanya. aku pun taknak nyusahkan mak pak sendiri. baik aku ikut ja, duit pun dah banyak aku pakai sejak aku start belajar dekat sini, takkan aku nak pikir diri sendiri lagi? mak bapak semakin lama semakin uzur, cubalah paham kan heheheh
sekarang bila aku dah jadi pelajar tahun 4, aku banyak main-main. peraturan hostel pun nak taknak ikut. rasa macam masa ni lah nak 'break the rules' pun bak kata omputeh. nak nakai-nakai sikit. sebab memori dan kenangan kita ja kena bina ecehhhhhhhhh
banyak jugak kenangan aku dekat kv ni, memang banyak gila sejak dari tahun 1. memang takleh lupa rasa nak masuk habuk pulak mata ni wuwuwuwu . bila throwback memang rasa sebak tipulah kata tak sedih. Tak semua kenangan tu bahagia, ada jugak gaduh-gaduh manja tapi tu semua tak lama, biasalah laut tak selalunya tenang. kehkehkeh
Hmmmm rasa macam tak ada apa nak cakap dah sebab kering idea duk dalam sejuk ni freeze terus otak aku.
apa yang aku nak cakap kat sini, untuk korang kawan-kawan aku yang ada baca ni, aku cuma nak pesan..teruskan apa yang korang nak selama ni, maju dalam kehidupan , bantu mak bapak macam korang nak selama ni. berjaya capai target yang korang ada cerita dekat aku. aku doakan korang baik-baik aja. kalau aku ada salah apa-apa , kekurangan yang aku tunjuk yang menyakitkan hati..sorry yaaaaaaaaaaaaaaaaa :')
okayla, sebenarnya bukan aku takda idea ja ni, cikgu aku tengah ngajor pasal human resource, risooo ja dia perasan aku buat benda lain satgi kena bebel aku pulak sakit hati hahahhahahahahaha baiiiiii
#bilaentahakunakserius
random post: unproductive holiday-- lapaq
Wednesday, 9 December 2015 | 13:16 | 0 comments
Assalamualaikum , yassssss aku bosan. Sangat bosan. Bosan terlampau dan segala hiperbola.
*btw tahniah kedah sebab menang kalahkan felda haritu. Buat leklok final ni k huhuhuhuhuhuhuhuhuh k habes iklan
Memandangkan cuti sem aku masih berjalan lancar, macam aku katakan pd member aku sblum cuti sem
‘woi tasha kimsalam’
‘tasha mana?’
‘tashabarnya nak cuti~~’
‘lempang nak lempang?’
Bunyi macam lame kan so what, benda dah lepas buat apa nak
ingatkan balik even aku yg mcm mengingat kembali sebab aku mmg bermasalah huks.
Lagi rasa nak lempang bila aku dpt macam ni
‘wey ainur kimsalam’
‘jap, ainur mana ni’
‘AINUR when that hotline blink.’
‘aku rasa persahabatan kita setakat ni jelah’
Oklah melencong benar nampaknya.
Cuma nak cerita, manusia macam aku ni rasa macam cuti ni sangat
tak produktif, produktif tang mengumpul lemak sekitar celahan belipat dan
sebagainya sahaja. Tepuk dada tanya selera nak makan apa. Makan ja tau, tengok
gegar vaganza sampai nak dekat final dah pun. Punyalah lifeless.
Awal cuti haritu aku ada plan dengan member aku nak bukak
kedai juai ayaq bigcup tu, atas alasan dekat manjung ni payah nak jumpa dan
disebabkan aku frust aku bercita-cita nak buat sendiri. Tapi itu semua dongeng
cerita indon belaka akibat tiada siapa yang akan meneruskan perniagaan ayaq
bigcup kalau kami dah sambung belajaq. Itu alasan mak pak kami dualah. Hmm sedih
gaklah nak buat macam mana takkan nak bukak time aku balik cuti jumaat-ahad kot
itu pun aku mesti dalam kepenatan dan letih confirm punya aku maleh nak buat
dan tak pernah dibuat orang berniaga waktu cuti sekolah saja, sebab aku cuti
sem waktu cuti sekolah huhuhuhuhuhuhuhuhuhu je mampu.
Itulah sedikit sebanyak cerita perniagaan aku yang tak
berapa nak menjadi. Izal pun tak habis nak nganjing aku ‘bisnes macam mana? Okay
ka?’ mmg gaya tanya macam takdak apa, hampa taktau lepas dia habiskan ayat dia tu
terus gelak punya gila macam nak kasi penyepak jaa. Nasib sayang hmm.
Aku meniti hari hari holidayku dengan tidoq lambat buktinya
la ni pun belum nak lena lagi. La ni memanglah tengah update blog bagai, hari
hari lain duk layan cerita Hindustan sama dua tiga empat kali, berjaga sampai
subuh. Pastu tak lama pehtu tidoq balik, bangun tengahari. Tipu lah kata mak
tak beletiaq langsung. Aku rasa berdosa pulak sebab member aku ada yang part
time kerja situ sini. Mungkin bukan masa aku lagi kot, sebab aku takda lesen
lagi. Kalau nak ada lesen pakai duit jugak. So kena kerja, tapi nak tunggu ada
lesen pulak. Hah itulah kitaran yang aku dok pikir sampai la ni. Pening pulak aku~~
Aku dah kering idea pasai bab atas cukup sampai itu ja k,
#Nak tau dak sampai hari ni aku craving nak makan burger kfc
hot n cheesy, aku pi ja habis, aku nk pesan ja ‘sorry mis, burger tengah masak
mungkin ambil masa lama, so zinger burger okay?’ aku pun tengah lapaq tengok
muka casher tu pun aku rasa nak telan ku terima walau sakit hati,
K nak cerita apa lagi, hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
lapaqnya~~
Okay itu aja babai
random post: PEREMPUAN
Friday, 27 November 2015 | 11:19 | 0 comments
Assalamualaikum helu nyah sekalian
(sejak akhir akhir ni aku suka panggei orang nyah, ala aku anggap perkataan 'nyah' tu macam 'babe' hmm pasai kat akulah kan k)
sekarang dah pkul 2.31 pagi dan aku masih belum tidoq sebab ...sebab ...sebab aku punya pasailah kan tidoq pkul brapa pun hmm
ni nak cerita, ada sorang kawan aku ni dia ni aku tak taulah nak dikategorikan sebagai seorang yang putus cinta ke apa tapi gaya dia cerita macam dia dah frust dah nak bercinta. ada satu hari tu dia mintak pendapat aku pasai perempuan. aku pun HARUUUUUUUUUUUU~
aku pun taktau nak kata macam mana dkt dia, aku sbgai perempuan meluat dah tgok perempuan-perempuan zaman skrg ni. duk kejar goals ngarut depa tuh TAPI masak tak reti, kemas rumah taknok baloq liat sungguh laaaaaaaaa
iklan: ni kalau perempuan-perempuan kat luar sana yang mcm terasa dgn post ni takyah kalut aku pantul kat diri aku jugak naa. (maap aku macam emo sbb mmg rasa nak jerit dekat mall ala-ala fazura tu pehtu cakap "PEREMPUAN LAA NI MMG KALUTLAAAA" tapi satgi kena cop gila plak dah.
tapi serious ar aku rimas perut tengok minah minah yang jenis nak sempurna ja ni tak sedar diri tu pun macam mana...itu pun sebab apa? sebab nak kejar goals kepala otak dia tu lah. harulah perempuan sekalian kalau kepala otak hampa sempit lagutu , pikiaq secara terbuka boleh dak. hidup kita ni bukannya senang, bukan nak bekap kaum adam lah tapi tak kesian ka kat depa pening melayan kerenah merepek hampa. bukan depa tak sayang kalau tak ikut apa hampa nak, tapi pikirlah sama. kita bercinta ni saling memahami tu kena ada, paham situasi lah. ni nak ajak makan kafe hipster tiap hari duit perabih kat situ jaa pehtu ada hati nak kawin grand grand , itu belum cerita honeymoon lagi nak pi paris lah parit lah suka hati hampalah.
ni aku cerita buat depa yang hidup sederhana macam akulah, aku pun bukan nak kata kisah cinta aku baik sangat, ada sulitnya jugak. sebab aku belajar dari sekeliling. sebab perangai perempuan yang buat aku rimas perut tadi tu kebanyakannya tak kekal, laki blah macam tu ja. kesian. memang kumbang bukan seekor tapi kalau terus buat perangai mcam tu 10 laki datang 9 lari, yang 1 tu stay sebab desperate hahahahhaha maaplah noo andaikata lahhh kalau taknak benda macam aku kata tadi terjadi dekat hampa jangan buat perangai lagutu
umur dalam 20 keatas ni dah kena fikir masa depan bukan berfikiran tak matang lagi lagi perempuan. bawah 20 tu aku tak mention dekat sini bagi perabih belajaq dulu baru pkir cintan cintun nih. goals yang hampa kejar sangat tu boleh jadi kalau hampa pun berusaha sama dengan pasangan kalau nak berjaya . usaha sendiri, baru puas hati.
Sekarang ni banyak jugak aku tgok budak-budak bawah 18 tahun dah pandai dress up lagi lawa daripada aku yang berhingus ni. Sape tak insecure nyah, mau mendagu tiap kali aku stalk ig depa aduhmakkk rasa macam nak pi buat make over la ni jugak! huhuhuu TAPI TAPI hah ada tapi dia......nak kesah buat apa, depa budak budak lagi, cantik pun pakai duit mak bapak jugak. kerjaya model lah apelah itupun asalnya banyak melawa depan cermin pehtu selfie belakang langsir. itu asalnya kan. ni bukan ayat nak sedapkan hati jauh sekali iri hati cuma nak ingatkan diri kita ni nak melawa biar biasa biasa dulu belajar pandai-pandai kerja baguih baru hampa nak borong make up nars, maybelline, cover girl dan sebagainya dan aku taktau sebab aku tak make up huhuhuhuhuhuhuhuhupuihhhh
aku lebih insecure dengan depa yang asalnya susah lama lama berkat usaha depa tak pernah pudar akhirnya berjaya. dah lah berjaya cantik pulak tuh dan aku hanya mampu berhuhuhuhuhuhuhuhu
hah berbalik kepada kawan aku tadi, aku tanya dia balik, "hang rasa perempuan macam mana? takkan hang taktau langsung prmpuan macam mana?"
dia pun huhuhuhuhu aku rasa dia macam serba salah nak kata sebab aku pun perempuan kan. aku tanya soalan yang sama dan dia cakap "PEREMPUAN NI COMPLICATED LAH muka senyum keluaq ayaq mata"
aku pun kata "Haah memang pun, tu lah jawapan utamanya, segalanya complicated tentang perempuan hahahahahhahaahhahahahahah" itu jawapan aku, gaya macam takde idea sebab aku taktau nak jawab apa dan aku terus makan megi yang hampir sejuk. TAMAT.
FOKUS YA ADIK ADIK
Sunday, 23 August 2015 | 07:17 | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Okay kali ini aku nak terus focus kepada topik iaitu FOKUS
Pernah tak anda mengalami situasi seperti berikut :
Situasi 1
-Okay aku letak PEN ni dekat atas meja
(dengan tindakan tanpa sedar pen itu diambil dan diletakkan
di dalam beg)
(5 Minit kemudian)
Weyy mana pen aku?
-Kau taruk dekat mana?
-Atas meja ni aku YAKIN tadi aku letak atas meja ni. Ada
sapa-sapa Nampak tak?
-Tak pun
-Sape gatal tangan mencuri pulak ni!
(Lupa letak dekat mana lepas tu berharap orang sekeliling
perhatikan PEN dia je. Memang deme takde kerja lain)
Situasi 2
Mak aku bagi duit RM 50. Hanya 50. Tiada unsur penambahan
duit disini.
(Tak sedar yang duit tu dah asyik keluar tanpa sedar sampai
dah ter over spend. Sampai berhutang pulak tuh)
Lepas tuh boleh pulak cakap
“BUKAN DUIT AKU ADA LEBIH LAGI KER?? DUIT AKU HILANG!!”
Situasi 3
Ali aku pinjam jam hang kejap tau. Aku takde jam.
Okay.
(Syok pakai jam orang sampai tercicir kat mana pun taktau.
Sama je macam Situasi 1. Lepas tu gabra barang orang hilang)
Situasi 4
-Wawa nanti jangan lupa hantarkan aku punya tugasan ni tau.
-Okay letak je dalam fail. KEJAP LAGI aku hantar.
(kelusaannya)
-Ali kenapa kamu tak hantar lagi tugasan saya?
-Saya ada passkan dekat Wawa suh hantar
-Astaga! Ada dekat asrama!
Situasi 5
-Takpalah hang dah penat basuh baju, biar aku bawak naik
jelah baldi ni.
-Yeker? Okay
(30 minutes later)
-Weyy hang bawak naik tak baldi?
-Tak.
-_-
(dia yang offer diri nak tolong tapi boleh lupa pulak)
Macam mana? Rasa-rasa ada tak situasi yang dekat atas tu
korang pernah alami? Tak banyak sikit pun adalah. Kalau ada korang sama macam
aku sebenarnya. Lebih kurang.
Actually, aku seorang yang tak fokus dengan apa yang aku
buat. Aku start sedar bila aku dah banyak kali buat kesalahan yang berbeza tapi
sama pada sudut kalau diperhatikan. Aku memang tak fokus.
Benda-benda macam ni kita kena elak as soon as possible
sebab kemungkinan besar macam-macam perkara buruk akan berlaku. Jenis yang tak
fokus dan pelupa macam mak nenek ni asalnya dia terlampau fikir sesuatu yang
tak penting. Dia terbawak bawak pemikiran tu sehinggakan apa yang dia buat tak
masuk dalam kepala dia. So kalau dia dengar, dia dengar cenggitu je. Sebab tu
boleh lupa apa yang dia patut buat.
Selain itu, hal ni boleh bawa effect buruk dekat diri
sendiri, orang lain tak akan berharap dekat kita, yelah kalau kau boleh lupa
nak bawak naik baldi ko rase cane? Boleh ubah perkara macam ni dengan put trust
dekat kawan-kawan, yakinkan orang
sekeliling yang kau tu bukan orang yang tak berguna.
Pernah satu ketika bapak aku nak hantar aku balik asrama.
Masa tu singgah amek dieza (kawan aku). Lepas je amek dieza terus aku jerit
“ALAMAK TUDUNG!”
Nampak tudung sekolah sendiri pun boleh lupa. Sedangkan dah
sangkut depan mata. Satu lagi aku suka letak benda merata-rata, tak jumpa
mulalah meroyan. Mengucap panjang aku.
Yes, kekurangan aku memang jelas ketara. Jangan risau dan
bimbang kepada korang yang alami seperti aku. Kalau macam aku, aku akan tulis kat tangan apa yang aku nak buat secara detail. Contoh:
kalau time tuh aku ada latihan nasyid pukul 10, aku akan tulis bagi aku paham.
"ADA LATIHAN NASYID PKUL 10.30 LPS AMEK SUPPER DEKAT BILIK ELIT KALAU TAK PI MIRA MARAH" hah camtuh. biar macam ada cuak cuak sikit. lagi senang ingat kehkeh.
Itu cara aku, kalau korang aku taktaulah. Cuba bagi korang tulis dekat sticknote setiap apa yang akan korang buat, setiap pesanan yang korang terima daripada member-member ke supaya tak terlepas dan terlupa.
Yelah kan, kita manusia biasa senang lupa, oleh itu marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri. Tak kan kita nak harapkan orang lain jugak nak ingatkan.
Okaylah bye. assalamualaikum
sorry ending of the story macam ringkas sebab aku kering idea byeeeee
Yelah kan, kita manusia biasa senang lupa, oleh itu marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri. Tak kan kita nak harapkan orang lain jugak nak ingatkan.
Okaylah bye. assalamualaikum
sorry ending of the story macam ringkas sebab aku kering idea byeeeee
eh eh eh?
Monday, 16 March 2015 | 10:51 | 0 comments
arghh headache dari petang tadi. punca selfie depan cahaya terik matahari. nak exposure lebih kononnya hah amek. cerdik tu disorok-sorok sangat macam ni lah jadinya. dua bijik panadol aku telan. hmmmmm
----------------------------------------------------
hye assalamualaikum to anybody yang ada terbukak blog aku ni, thanks sebab bukak dan kalau sebaliknya hemm bye.
so ya, aku berada dalam mood cuti untuk seminggu. cukup ke tak belakang cerita. dekat asrama aku dah baik punya plan nak beli itu ini kan, tapi sampai cuti je mesti segala plan aku tu lingkup dik sebab sikap pelupa nak mati hidup balik ni dengan punca aku yang jenis "eh takpelah nanti-nanti boleh beli" , "eh tak perlu sangat kot" "eh lainkali lah" "eh eh eh eh" HAAAAAAA bertangguh tangguh tangguh tenggong tanggunglah hmmmmm
jadi aku harapkan yang aku dapat beli barang-barang keperluan aku yang tak cukup tuh. yang aku tau sabun mandi dah habis, kasut dah rabak bahagian tapak tak lama lagi tapak kaki aku pun rabak jugak, nak buat ic baru, eh?? boleh ke? mestilah boleh kan birhday ai dah lepas haritu kikiki.
(nak tau tak tadi aku nak buat pendaftaran untuk broadband aku ni kan, orang kedai tu nak ic aku..aku pikir puluh puluh kali nak bagi taknak...at last aku bagi jugak pastu terus main fon huhuhuh...aku usha akak tu macam tak percaya tu ic aku, kuikuikui..rasa macam aku berjaya buat london weight management je hahahahahah major changes lah konon, puih sikit).
Now, im officially 18. mak aku pun tak percaya yang anak dia ni dah tua hahahaha tak tua sangat mak. mak aku pun risau kalau aku kahwin dengan orang jauh. takut aku kena bawak lari jejauh dari dia. hmm insya allah tak. nanti aku bincang baik baik dengan laki aku tu, memanglah dia ketua keluarga dan aku kena ikut cakap dia, eh eh entahlah! (stress pulak) hohohoho
takpelah bendanya lama lagi, aku nak belajar dulu. kalau future husband aku tu sabar sangat tunggulah. kalau tak penyabar sangat hantar minang itupun pandai-pandai sendir ngobrol sama mak abah ku ya heheheheheh
eh aku cakap macam dah ada calon je, emm
oklah tadi sembang pasal harapan agar plan masa dekat asrama menjadi masa cuti ni, pehtu melencong pasal ic hodoh tetiba cakap pasal umur 18 tahun...
tak menarik betul jalan cerita, hahahahah takpelah janji ada post baru puas sikit hati aku ni nak menaip saja.
aku rasa blog aku ni dah ada readers dari budak kv aku ni, hmm untuk kau yang tengah baca tu...
ehem, ehem.....
MELUAT TAK??? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

malulah bongok
HARI KEUSAHAWANAN 2015
Saturday, 14 March 2015 | 12:00 | 0 comments
assalamualaikum hai.
yassssss tonight aku taknak merapu ayam macam sebelumnya sebab kali ni aku nak promote sikit heheheheh
(jangan risau aku bukan jual macam dekat ig ke mlm ke tau, bawak bertenang semuanya)
So ya, Kolej Vokasional Taiping akan mengadakan HARI KEUSAHAWANAN 2015 anjuran Program Diploma Tahun 1 Pengurusan Perniagaan berikutan dengan modul kompetensi yang kami tengah belajar sekarang iaitu Event Management (BPP 504).
![]() |
| Hah ni banner tapi masih dalam proses edit. |
Yeahhh hopefully everything's will be fine dan program tu berjalan dengan lancar sebab banyak usaha kami dah bagi dekat program ni je.
usaha aku nampak dekat last nanti je, sebab aku ajk dokumentasi! mati lanak. banyak laporan nak buat ni. uishhh. papehal pun doakan yang terbaik untuk program ni, amin.
(actually aku dah mengantok gila babeng tapi nak jugak menaip waktu-waktu macam ni sebab aku buat data 2 gb tengah malam sampai pukul 7 pagi saja.siot taip panjang2 dah kbye)
orait itu saja. bye
oh ya, kat sini aku selitkan gambar gambar PPN Project Team HK2015. chow! assalamualaikum
![]() |
| PPN PROJECT TEAM HK2015 |











