TheAglyers
AGLYERS.CO
About link home dashboard twitter instagram follow blogskins


credit and thankyou

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image
Re-Edit by: Me and Sulyanie
Older Post > | < Newer Post
FOKUS YA ADIK ADIK
Sunday, 23 August 2015 | 07:17 | 0 comments



Assalamualaikum w.b.t
Okay kali ini aku nak terus focus kepada topik iaitu FOKUS
Pernah tak anda mengalami situasi seperti berikut :

Situasi 1
-Okay aku letak PEN ni dekat atas meja
(dengan tindakan tanpa sedar pen itu diambil dan diletakkan di dalam beg)
(5 Minit kemudian)
Weyy mana pen aku?
-Kau taruk dekat mana?
-Atas meja ni aku YAKIN tadi aku letak atas meja ni. Ada sapa-sapa Nampak tak?
-Tak pun
-Sape gatal tangan mencuri pulak ni!

(Lupa letak dekat mana lepas tu berharap orang sekeliling perhatikan PEN dia je. Memang deme takde kerja lain)

Situasi 2
Mak aku bagi duit RM 50. Hanya 50. Tiada unsur penambahan duit disini.
(Tak sedar yang duit tu dah asyik keluar tanpa sedar sampai dah ter over spend. Sampai berhutang pulak tuh)

Lepas tuh boleh pulak cakap
“BUKAN DUIT AKU ADA LEBIH LAGI KER?? DUIT AKU HILANG!!”

Situasi 3
Ali aku pinjam jam hang kejap tau. Aku takde jam.
Okay.

(Syok pakai jam orang sampai tercicir kat mana pun taktau. Sama je macam Situasi 1. Lepas tu gabra barang orang hilang)

Situasi 4
-Wawa nanti jangan lupa hantarkan aku punya tugasan ni tau.
-Okay letak je dalam fail. KEJAP LAGI aku hantar.
(kelusaannya)

-Ali kenapa kamu tak hantar lagi tugasan saya?
-Saya ada passkan dekat Wawa suh hantar
-Astaga! Ada dekat asrama!

Situasi 5
-Takpalah hang dah penat basuh baju, biar aku bawak naik jelah baldi ni.
-Yeker? Okay

(30 minutes later)
-Weyy hang bawak naik tak baldi?
-Tak.
-_-
(dia yang offer diri nak tolong tapi boleh lupa pulak)

Macam mana? Rasa-rasa ada tak situasi yang dekat atas tu korang pernah alami? Tak banyak sikit pun adalah. Kalau ada korang sama macam aku sebenarnya. Lebih kurang. 

Actually, aku seorang yang tak fokus dengan apa yang aku buat. Aku start sedar bila aku dah banyak kali buat kesalahan yang berbeza tapi sama pada sudut kalau diperhatikan. Aku memang tak fokus.
Benda-benda macam ni kita kena elak as soon as possible sebab kemungkinan besar macam-macam perkara buruk akan berlaku. Jenis yang tak fokus dan pelupa macam mak nenek ni asalnya dia terlampau fikir sesuatu yang tak penting. Dia terbawak bawak pemikiran tu sehinggakan apa yang dia buat tak masuk dalam kepala dia. So kalau dia dengar, dia dengar cenggitu je. Sebab tu boleh lupa apa yang dia patut buat. 

Selain itu, hal ni boleh bawa effect buruk dekat diri sendiri, orang lain tak akan berharap dekat kita, yelah kalau kau boleh lupa nak bawak naik baldi ko rase cane? Boleh ubah perkara macam ni dengan put trust dekat kawan-kawan, yakinkan  orang sekeliling yang kau tu bukan orang yang tak berguna.

Pernah satu ketika bapak aku nak hantar aku balik asrama. Masa tu singgah amek dieza (kawan aku). Lepas je amek dieza terus aku jerit “ALAMAK TUDUNG!”
Nampak tudung sekolah sendiri pun boleh lupa. Sedangkan dah sangkut depan mata. Satu lagi aku suka letak benda merata-rata, tak jumpa mulalah meroyan. Mengucap panjang aku.

Yes, kekurangan aku memang jelas ketara. Jangan risau dan bimbang kepada korang yang alami seperti aku. Kalau macam aku, aku akan tulis kat tangan apa yang aku nak buat secara detail. Contoh:

kalau time tuh aku ada latihan nasyid pukul 10, aku akan tulis bagi aku paham.
"ADA LATIHAN NASYID PKUL 10.30 LPS AMEK SUPPER DEKAT BILIK ELIT KALAU TAK PI MIRA MARAH" hah camtuh. biar macam ada cuak cuak sikit. lagi senang ingat kehkeh. 

Itu cara aku, kalau korang aku taktaulah. Cuba bagi korang tulis dekat sticknote setiap apa yang akan korang buat, setiap pesanan yang korang terima daripada member-member ke supaya tak terlepas dan terlupa.

Yelah kan, kita manusia biasa senang lupa, oleh itu marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri. Tak kan kita nak harapkan orang  lain jugak nak ingatkan.

Okaylah bye. assalamualaikum

sorry ending of the story macam ringkas sebab aku kering idea byeeeee