TheAglyers
AGLYERS.CO
About link home dashboard twitter instagram follow blogskins


credit and thankyou

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image
Re-Edit by: Me and Sulyanie
Older Post > | < Newer Post
Being A Vocational Student :)
Monday, 29 August 2016 | 01:42 | 0 comments

Assalamualaikum...selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pelajar ataupun pekerja hari ini. alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara milik Tuhan hehehehehe

Rasa hari ni macam boleh nak post sesuatu dekat blog yang dahulunya menjadi tumpuan utama untuk aku meluahkan segalanya. (Taklah segalanya, tapi bolehlah. ehem) Sebenarnya aku dekat computer lab sebab minggu ni memang mendap mendak lecak j*d*h taktau nak cerita dengan spesifik. Minggu kv skill dan aku menunjukkan skill tido makan tengok makeup tutorial. takpun aku hadap lah muka dak-dak kelas aku , kau hadap muka aku aku hadap muka kau. sesekali tak berhadapan pun dah sorang tengok fon takkan aku nak perati ja dia buat apa, satgi pikir aku ada niat lain

Being a vocational student is not easy as we thought before. kami ni lab rats, everything macam messy and tak ready. masih tertanya-tanya nak buat apa. boleh dikatakan kami memperjudikan nasib masing-masing.  At first, aku masuk kv ni sebab aku nak lari dari peperiksaan penting iaitu SPM. gila kan? macam unmatured betul pemikiran aku masa tu. Ambil keputusan macam ni sebab nak lari dari hadap benda yang tak seronok. Seronok ka jawab exam? entah aku pun taktau. yang aku tau bila aku nak jawab sesuatu test, seluruh tubuh badan serta organ dalaman 'automatic on' bergerak balas. Perut tiba-tiba tu lah nak berak, tangan sejuk tiba-tiba macam baru keluar peti sejuk, otak macam nak hambur segala apa yang aku hafal dan tak hadam langsung tapi kena jolok tanpa belas kasihan(usap kepala sendiri. nak relax macam mana lagi. aduh. Tuhan saja yang memahami kan.

start dari first year, everything was okay. study benda basic and academic smpai masuksecond year kami kena hadap exam macam SPM. MACAM okay MACAM. lain macam jugaklah aku jawab. segala sejarah mak nenek semua dah bercampur macam nasi campur dah. tapi nasi campur sedap, ni tak sedap sangat. kelat.

Alhamdulillah, aku boleh jawab segala persoalan yang diuji dekat helaian kertas dengan baik. Even result tidaklah 4 flat tapi masih boleh buat mak abah aku bangga. Thank you Allah. Banyak kali juga aku dengar dari mulut-mulut orang macam cikgu dari sekolah rendah lagi. "Nazwa ni pandai cuma malas ja" "Awak ni belajar bagus cuma kena tingkatkan sikit kerajinan tu okay?" "It's a little bit more, i know u can do it well after this" HAAH AKU MEMANG MALAS PUN. hmmmmmm

masuk tahun 3, episod struggle aku bermula. macam-macam benda aku rasa start aku langkah masuk tanah kolej vokasional taiping. Aku ingatkan semua jadi mudah, rupanya makin serabut sebab assignment dan perlakuan pensyarah-pensyarah kau semua macam dah berlaku seperti kolej (cuma waktu belajar ja tak macam kolej sbenar sbb balik pukul 5 ptg hmmm tak syok ah) Apa yang aku lakukan hanya berserah menyerah dan segala 'ah' lah.

memandangkan aku merupakan pelajar hostel, nak kata masa yang diberikan cukup tak untuk aku? bergantung pada cara aku uruskan masa aku sendiri. mmg kekadang bengang dengan pengurusan masa di asrama dengan aktiviti yang aku rasa macam tak patut ada dan mengganggu kerja aku dan pemikiran aku menuju ke arah menjadi pelajar luar. (kau rasa mak bapak aku nak bagi aku duk luar?)
selagi boleh duduk dalam duk ja dalam katanya. aku pun taknak nyusahkan mak pak sendiri. baik aku ikut ja, duit pun dah banyak aku pakai sejak aku start belajar dekat sini, takkan aku nak pikir diri sendiri lagi? mak bapak semakin lama semakin uzur, cubalah paham kan heheheh

sekarang bila aku dah jadi pelajar tahun 4, aku banyak main-main. peraturan hostel pun nak taknak ikut. rasa macam masa ni lah nak 'break the rules' pun bak kata omputeh. nak nakai-nakai sikit. sebab memori dan kenangan kita ja kena bina ecehhhhhhhhh

banyak jugak kenangan aku dekat kv ni, memang banyak gila sejak dari tahun 1. memang takleh lupa rasa nak masuk habuk pulak mata ni wuwuwuwu . bila throwback memang rasa sebak tipulah kata tak sedih. Tak semua kenangan tu bahagia, ada jugak gaduh-gaduh manja tapi tu semua tak lama, biasalah laut tak selalunya tenang. kehkehkeh

Hmmmm rasa macam tak ada apa nak cakap dah sebab kering idea duk dalam sejuk ni freeze terus otak aku.

apa yang aku nak cakap kat sini, untuk korang kawan-kawan aku yang ada baca ni, aku cuma nak pesan..teruskan apa yang korang nak selama ni, maju dalam kehidupan , bantu mak bapak macam korang nak selama ni. berjaya capai target yang korang ada cerita dekat aku. aku doakan korang baik-baik aja. kalau aku ada salah apa-apa , kekurangan yang aku tunjuk yang menyakitkan hati..sorry yaaaaaaaaaaaaaaaaa :')


okayla, sebenarnya bukan aku takda idea ja ni, cikgu aku tengah ngajor pasal human resource, risooo ja dia perasan aku buat benda lain satgi kena bebel aku pulak sakit hati hahahhahahahahaha baiiiiii

#bilaentahakunakserius