:-)
Monday, 25 September 2017 | 10:06 | 0 comments
assalamualaikum, hey i was doin just fun before i met u, i think too much that's why i left u i was insane tenenene,kalau lirik salah tu biarkan ye. heh
hmm hampir sebulan aku mengelamun siang hari tanpa kerja cuma kerja di kedai makan hak milik bonda tersayang sahaja (aku hampir2 nak jadi penganggur terhormat ja itupun nasib mak aku own kedai makan kalau tak mana aku nak keja kan)
sebab2 aku berenti keje dkt ofis sebelum ini usahlah diceritakan, aku malas dah nak open table malas oi malas. hanya beberapa yang aku rajin tersebutlah kisah~ kalau tak haram. tapi kalau orang lain dekat tempat aku mesti faham. sedangkan orang yang tak kenal aku just sembang setengah jam, dah agak memahami..sbb dia lagi tua daripada aku mungkin. hehehe lantaklah malas.
sekarang pun aku macam lack of sleep/ sleeping disorder. kesah nak tido pukul 4 aje...takleh nak tido even aku cuba merapatkan kedua mataku sekuat hati namun gagal. salah satu punca mungkin masalah overthinking aku sekarang ni yang dasyat. aku bukan nak cerita aib sendiri. tapi ni satu aib ke? aib ke sampai menangis banyak kali dan hari. tapi takda sapa tau (sekarang dah taulah anda yang membaca). aku menangis terok gak nasib belum sampai tahap depression gila babi sampai nak telan pil kuda, eh silap pil nak mampus apa semua akutaktaulah. tapi ada lah terpikir nak minum ubat batuk...since aku takleh tido..macam c yei je hahahahhaaha what do i thinking?
aku taktau aku despresi sebab apa. sebab kena push kot. aku ni takleh kena push. aku tak suka kena banding dengan itu ini. aku tak suka dengar benda yang boleh buat aku down. kadang cuba anggap itu semua vibes yang membawa ke arah positiviti kan. when someone knocks u down, itu punca semangat kau kembali...tapi entah jugak. satu lagi silap aku, aku ni jenis "Takpelah" pastu self-esteem rendah namampus walaupun aku huhahuha sana sini. mulut nak bercakap mcm taktau malu. dalam diri aku penuh rasa down tau. aku tak boleh sebab aku fikir macam2. OVERTHINKING tu masalah sebenarnya. tambah pulak orang duk push. mengata belakang takpa aku taktau...ni duk push aku , kata itu ini. pasal rezeki Tuhan beri. aku rasa nak ngamuk je.
then bila aku dah jadi macam ni, aku rasa macam nak cerita kat seseorang, aku takleh terima jawapan depa...contoh: "Ala biasalah tu...." "Takyahlah fikir"
Ada banyak lagi... aku macam hormat depa punya pandangan but please dude, u're not in my shoes so u dont even know even kau pernah rasa sekalipun..tetap berbeza...cara berbeza..lain ya...aku dan kau lain fullstop..aku rasa macam ianya tak membantu aku langsung. okay im sorry for that.
macam2 aku buat...aku rasa sekeliling aku banyak sangat negative vibes, aku rasa ceramuk gaklah..dengan manusia yang nak faham dia je..bila jadi macam ni dekat aku, dia nak menambahkan kusut aku, aku macam gi mampus lah sial. aku tengah serabut ni. walaupun dia taktau aku kenapa tapi haih entahler... aku asingkan diri, dari realiti tak sangat sebab still kena bergaul dengan family kan memandangkan aku kerja. lupa diri ke?
hanya beberapa org je yang aku masih contact sebab aku selesa dah dengan beberapa org je.
Mesti ada yang macam, drama giler kan. hahahahah biarkan...aku maleh dah nak fikir.
so sekarang ni aku tengah live my life macam biasa aje..takde macam haritu yang nangih2 lagi. dari mana entah spirit yang baik tu...mungkin dari Tuhan huhuhu. aku berserah aje apa nak jadi. aku move on aje dengan kehidupan sekarang. Satu je aku nak cakap, rezeki Tuhan datang dalam pelbagai cara, jenis. jadi aku tak risau dengan rezeki Tuhan bagi. sebab tu aku dah ada plan hidup aku. jadi aku macam triggered bila orang push2 cakap pasal rezeki orang lain dengan rezeki aku. banding2 itu ini. Memang ada manusia macam ni. apa orang kata takyah layan..biar orang nak kata apa. sampai bilalah orang macam ni nak wujud dekat norma masyarakat ni. kan aku dah cakap macam yb hahahahah.
Siapa yang taknak hidup senang dekat dunia ni, cakap dekat aku. sapa yang taknak mak abah dia senang dunia akhirat. Nak hulur duit gaji sikit dekat mak abah macam dulu..seronok weyy. pernah rasa kan perasaan tu? (termasuk berjoli dengan duit sendiri hehhe). Aku nak dorang proud dengan aku. Sedih tau pikir balik. haih nak buat macam mana. selagi aku masih ada mereka, aku tabah je hehehehe pastu aku fikir jugak, aku pikir diri aku susah, ada banyak lagi orang yang susah sangat2 kat luar sana. aku ni apa sangat berbanding mereka. Allah..
there some weakness in me, yg bole "membunuh" plus overthinking ni angkara setan yang menghasut suruh kau serabut otak pastu distracted nak buat benda lain termasuk menjalankan ibadah dan tanggungjawab. Allah please save myself from being distracted.
---- the end of my story. kalau twitter ni dah dikira thread hahahaha
kot kot orang yang ada masa aku tengah down tu, u know who u are. thanks for being understanding. tak ramai yang tau cerita sebenar. yang aku berkongsi rasa yang padat tu terima kasih ya.
pentingnya dikelilingi orang yang memahami. Tuhan dah susun cantik cerita aku, mungkin belum masa aku lagi. Sabar penguat dalam diri. Insyaallah.
-mak abah i love you,
sincerely by anakmu yang keras kepala batu ada duduk muehehe.
summer camp 2015 (draft)
Monday, 19 June 2017 | 09:56 | 0 comments
Hai assalamualaikum...okay aritu aku ada join satu aktiviti summer camp dekat UNIKL MIMET manjung. first impression was like hmm best ke, tapi bagi aku janji kawan aku ikot, aku on jaaaaaaa...
k macam yang dirancangkan, semua berjalan lancar alhamdulillah. kami menaiki bas dari taiping dan sepatutnya tiba di unikl selama 2 jam perjalanan tapi tulah manusia..hahahhah
okay, hari pertama sampai was good. everything was fine..kami nginap dekat hostel prmpuan..mula2 macam seram gak tapi takda apapun aku saja bagi gempak sikit cerita. aku sebilik dengan my kembaq, irna syakirah. dan kami letak barang dan bersiap sedia untuk turun menjamu selera di kantin. ingat kami ja yang mai lambat, rupanya ramai lagi dari kv lain yang sama lambat. kami pun makan-makan dan bergumbira. malam tu ada ice breaking. lepas solat apa semua ada briefing dekat dewan oleh en.aifogotwhathisname, dia cerita apa semua. abeh tu......mulalah episod seram.
kami di bahagikan mengikut kv. dan tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita bahawa. kami tidak akan berkumpulan mengikut kv, maksudnya kami semua akan dirombak dan bercampur dengan kv yang lain. dalam satu kumpulan mesti diwakili 2 orang drpd kv yang sama iaitu lelaki dan perempuan. dan aku macam.....apa dia buat macam ni. tapi muka aku tenang ja. rupanya dia ikut list name. aku no 7 so, untuk lelaki budak kv aku mesti no 7 jugak so sama grup dengan aku. haih matilah nak.
kami semua masuk grup masing2, and guess what..semua senyap oi. ada lah jugak dua tiga suara tu pun duk tegor kawan grup sebelah, ngadu nasiblah tu . cengeng. aku buat taktau jelah. menong sana menong sini. getap bibir yalah takda benda nak buat. kang aku main masak-masak kang.
semua duk menunggu apalah nasib pasnih. rupanya malam tu cuma kena introduce diri apa semua ja. pastu dapat arahan untuk tugas esok pagi. aku takdalah tak suka bila campur2 ni, cuma makan masa nak biasakan diri. aku cuba lah sembang tanya acah peramah dekat depa. nasib depa layan. kalau aku macam cakap dengan batu. naya ah. kami pun bersurai.
the next day is, kami berkumpul di satu tapak yang agak luas. sebab masa tu macam ada acara senaman lah sikit. dah joget menggedik apa semua, kami bersurai pegi makan. pastu tak lama pastu masuk balik dewan. ada game.
game macam exploracelah tapi melibatkan kawasan satu unikl ni. dahlah besar hawau, rasa nak timbang berat ja aku time tu. boleh kurus weyh. depa bolehlah naik skuter. aku tengok skuter tu pun tak larat nak jalan. hahahahhaah cian.
part explorace ni agak mencabarlah sebab its not individual tau, dia kena ada semangat setiakawan dan kerjasama yang tinggi. so setiap checkpoint ada cabarannya. takleh lupalah kena naik tangga sampai rooftop sebab checkpoint kat situ, dengan jadi tepung gomaknya, minum sirap campur telor. buat telur tu jangan sampai jatuh ke tanah apa ek....hah buat payung terjun...such a failure lah tapi fun kot. best. dapat grup yang macam pfffttttt hah. okaylah boleh blend
sampai ke petang explorace tu, dah rasa penat sangat2. nak mandi pun rasa malas. yelah nak mandi pun kena ikut turn. perempuan yang join dahlah ramai. yang duk after2 pun berapa. hah nasib aku penyabar. habeh segala tu..malam tu ada jamuan raya. okay ni best sebab makan macam2, bergambor. hihihihi
esoknya pulak ada penyampaian hadiah dan majlis penutup. adalah sikit persembahan dari depa semua. mendap gak sebab lambat sangat mulanya....
okaylah jump into the conlusion, its my 1st time joined this kind of acitivty, summer camp yang melibatkan satu kv dalam perak ni. macam merapatkan silaturrahim jugak. and aku rasa hari tu macam sanak sedara jauh datang berkumpul dalam satu tempat. hah gittew.....so aku harap pasnih, aku dptlah join aktiviti mcm ni lagi. sebab aku suka kumpul experience mcm ni.,..okaylah nak sambung tidoq, ngantok boiiii
![]() |
| lAST DAY,...bergambar (gue nampak kurus) |
![]() |
| menyempit dekat meja grup lain..hahahahahhaha |
![]() |
| manje ngat ngat |
![]() |
| my team.. |
![]() |
| eh apa ni, bermadu patutnya empat bukan berlima.. |
(draft)
| 09:44 | 0 comments
okay nak tulis apa pulak kali ini. baiklah sebenarnya saya sedang bercuti semester selama dua minggu. lama lah jugak tapi aku rasa pejam celik pejam celik dah habis cuti. sabor ajelah. sebenarnya aku mengantok nih tapi digagahkan jugak nak menaip sebab nak post satu post malam ni tak kira. hahahahah sebenarnya aku baru lepas makan tao kae noi spicy punya apak mmg pedaas gila berapi, sebelum ni okay je aku makan, kali ni beli macam membakar lidah aku.
-cyal aku tetido...
no title part 2 (draft)
| 09:43 | 0 comments
assalamualaikum. hai
lama benor teman tak menaip apa-apanya di ruangan ini ahaks. sekarang dekat asrama lagi sedang menunggu waktu solat maghrib. minggu ni rasa macam serabut seserabut jala ikan dan roti jala yang menguning dan dicicah dengan kuah kari yang pekat dan lazat. mana taknya semua kerja nak disiapkan asap. para para pensyarah mahupun sakura akhirnya bisa dijinakkan perasaan mereka yang tidak sabar ingin melihat kerja kami. walaupun kami gembira dengan keputusan itu, namun kebahagiaan bukanlah selamanya kerana pada minggu depannya kami perlu menyiapkan segala powerpoint yang tertangguh bertambahkan segala perkara tambahan yang diperlukan untuk menambahkan markah kami.
Okay aku stop cerita pasal kerja-kerja aku yang menimbun bak menara burj khalifa dan aku taknak terus merungut kerana sebagai seorang pelajar itu sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menyiapkannya and i have no choice ceh speaking doh. maaf tak ambil muet (perlu ke?)
sebenarnya aku seram sejuk mengenangkan masa depan aku yang seakan tiada hala tuju. itulah orang dah pesan dulu, dah boleh start fikir pasal masa depan lama dah tapi diri ni tak pernah nak sedar. yang tau cuma nak have fun ja. belajar pun main-main, itu yang paling aku bukak mata sekarang ni. tinggal berapa bulan ja lagi sebelum praktikal. aku tak cari tempat nak praktikal. lesen tak amek lagi. uih macam masalah besar ja kan? gila kau tak besar, bagi aku besarlah sebab aku yang alami dan rasai perkara ini.
Apa lagi nak kukatakan lagi haih. (sebenarnya takda idea dah)
dan aku rasa nak kongsi sebuah cerita...
no title (draft
| 09:42 | 0 comments
It really hurts sometimes when you feel like you have been knocked down.
nak pi berak sat
twt_cinta.com (Draft)
| 09:40 | 0 comments
hye,
hmm aku baru lepas baca beberapa post dekat twitter pasal cintan cintun megi ayam ni. kebanyakan aku baca tu semua macam indah indah je and i was like, cinta tu indah sangat ke? love is drug ke sampai manusia manusia yang dilamun cinta ni sampai berangan berangau tak tentu pasal. first love tu 'berkuasa' sangat ke sampai nak pandang cinta lain pun payah sangat. kasihan. contoh terdekat aku bagi macam ada sorang member aku, penangan first love dia tu sampai ex dia tu dah ada orang lain pun still dia nak tau keadaan ex dia sekarang. dia tipu aku, cakap dia dah benci lah dah lupa lah dah taknak contact lah tapi time birthday ex dia haritu, dia berkeinginan nak wish happy birthday dekat ex dia. aku cakap jangan. nanti ex dia pikir yang dia masih sayang. jangan sangka aku kejam ke ape, dalam situasi dia, ex dia tu yang macam cb, serius. eh eh kenapa aku nak story lebih pulak ni hahahahahah maapler yek.
so yaa, tipu kata aku tak pernah bercinta, tipu lah. perasaan tu meronta ronta bukan? tipu anda semua tidak pernah merasainya, cuma ada yang merasa rasa je tapi taknak go further step iaitu bercinta sebab rasa macam no need pun bercinta ni. ya , its no need bila masih study ke atau tujuan lain yang kau kene fokus dulu baru bercinta.
bagi aku, bercinta bukan satu dosa which is memang takda dalam kitab apa bercinta itu mesti. (lainlah pada yang MAHA ESA itu pasti) apa yang aku tau perasaan itu bersifat semulajadi. kau mana boleh paksa orang suka kau, mana boleh paksa diri kau untuk menyukai orang yang kau takda rasa "itu". hah macam doktor falsafah. aku jenis let go..tapi takut ditinggalkan..ada orang jenis "kau kena stay dengan aku no matter what" dan jenis kena kencing banyak kali pun still nak pertahankan hubungan yang kau sendiri gagahkan sedangkan dia? kencing merata-rata. sialan lo.
secara tuntasnya, please beware of dogs. kbai. mencari ilham kejap.
rasukan ablasa--unrelateable (draft)
| 09:30 | 0 comments
assalamualaikum halo~
18 tahun dah aku
tuanya
tapi umur aku tak setua perangai aku ni
tak matured gak
SAYA PUN TAK MATURED JUGA wkwkwkwkwk
HASNA BILANG WAWA TAIK IDONGGGGGGG lpstu hasna hashtag woof woof
hasna ee tah
kakak dengan hasna sembang psl iphone. hasna suruh kakak repair iphone. kakak kata "lebih baik beli baru daripada repair, dah lah repair handphone tu mahei." lpstu hasna tak berkata kata.
kakak cakap "dia off hndphne tu dia keluarkan sim lpstu dia bior je phon etu lagutu...
TAMATTT :*
membebel (draft)
| 09:29 | 0 comments
hai. entah kenapa tetiba rasa nak post something even aku pun tktau nak bukak cerita apa. tapi yang pasti aku tak akan menjaja cerita, mengumpat atau sebarkan gosip-gosip panas dan liar. (kalau aku tak sengaja, tu mmg tanpa sedar) sebab apa tau cerita dia, line wifi yang laju tetiba 'automatically' ni mengundang betul. mengundang jari jemari gatal aku untuk menaip apa apa saja di ruangan ini. (sebenornya aku tengah busy buat assignment, lek jap. chill sap vape sapkok padulu)
okay orait, lama jugak aku tak menghamburkan luahan kata madah dekat ruangan ni. ada lah jugak terdetik di minda pasal blog ni. Apa kabor blognya? sehat ke idak? siapa yang baca? agak-agak ada orang baca ke? dan kenapa aku perlu berasa begitu?? dan diakhiri dengan sifat perasantan yang tak sudah.
assignment belambak siot, seminggu ni deret ada test ja. ada yang aku boleh jawab ada tu aku bantai ja. bukan apa disebabkan banyak sangat yang perlu dihafal diingati aku rasa kepala otak aku dah memory full takleh paksa masuk dah. 32gb penuh. cehhh cehhh cehhh
macam tak percaya ja lagi berapa bulan ja lagi aku dekat kv taiping ni sebelum aku start praktikal. tempat praktikal pun aku tak cari lagi. sakai kan. entah bila nak cari. ikut hati tu risau sebab tak survey awal. sebab aku bila orang push baru aku nak buat kan.
Being A Vocational Student :)
Monday, 29 August 2016 | 01:42 | 0 comments
Assalamualaikum...selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pelajar ataupun pekerja hari ini. alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara milik Tuhan hehehehehe
Rasa hari ni macam boleh nak post sesuatu dekat blog yang dahulunya menjadi tumpuan utama untuk aku meluahkan segalanya. (Taklah segalanya, tapi bolehlah. ehem) Sebenarnya aku dekat computer lab sebab minggu ni memang mendap mendak lecak j*d*h taktau nak cerita dengan spesifik. Minggu kv skill dan aku menunjukkan skill tido makan tengok makeup tutorial. takpun aku hadap lah muka dak-dak kelas aku , kau hadap muka aku aku hadap muka kau. sesekali tak berhadapan pun dah sorang tengok fon takkan aku nak perati ja dia buat apa, satgi pikir aku ada niat lain
Being a vocational student is not easy as we thought before. kami ni lab rats, everything macam messy and tak ready. masih tertanya-tanya nak buat apa. boleh dikatakan kami memperjudikan nasib masing-masing. At first, aku masuk kv ni sebab aku nak lari dari peperiksaan penting iaitu SPM. gila kan? macam unmatured betul pemikiran aku masa tu. Ambil keputusan macam ni sebab nak lari dari hadap benda yang tak seronok. Seronok ka jawab exam? entah aku pun taktau. yang aku tau bila aku nak jawab sesuatu test, seluruh tubuh badan serta organ dalaman 'automatic on' bergerak balas. Perut tiba-tiba tu lah nak berak, tangan sejuk tiba-tiba macam baru keluar peti sejuk, otak macam nak hambur segala apa yang aku hafal dan tak hadam langsung tapi kena jolok tanpa belas kasihan(usap kepala sendiri. nak relax macam mana lagi. aduh. Tuhan saja yang memahami kan.
start dari first year, everything was okay. study benda basic and academic smpai masuksecond year kami kena hadap exam macam SPM. MACAM okay MACAM. lain macam jugaklah aku jawab. segala sejarah mak nenek semua dah bercampur macam nasi campur dah. tapi nasi campur sedap, ni tak sedap sangat. kelat.
Alhamdulillah, aku boleh jawab segala persoalan yang diuji dekat helaian kertas dengan baik. Even result tidaklah 4 flat tapi masih boleh buat mak abah aku bangga. Thank you Allah. Banyak kali juga aku dengar dari mulut-mulut orang macam cikgu dari sekolah rendah lagi. "Nazwa ni pandai cuma malas ja" "Awak ni belajar bagus cuma kena tingkatkan sikit kerajinan tu okay?" "It's a little bit more, i know u can do it well after this" HAAH AKU MEMANG MALAS PUN. hmmmmmm
masuk tahun 3, episod struggle aku bermula. macam-macam benda aku rasa start aku langkah masuk tanah kolej vokasional taiping. Aku ingatkan semua jadi mudah, rupanya makin serabut sebab assignment dan perlakuan pensyarah-pensyarah kau semua macam dah berlaku seperti kolej (cuma waktu belajar ja tak macam kolej sbenar sbb balik pukul 5 ptg hmmm tak syok ah) Apa yang aku lakukan hanya berserah menyerah dan segala 'ah' lah.
memandangkan aku merupakan pelajar hostel, nak kata masa yang diberikan cukup tak untuk aku? bergantung pada cara aku uruskan masa aku sendiri. mmg kekadang bengang dengan pengurusan masa di asrama dengan aktiviti yang aku rasa macam tak patut ada dan mengganggu kerja aku dan pemikiran aku menuju ke arah menjadi pelajar luar. (kau rasa mak bapak aku nak bagi aku duk luar?)
selagi boleh duduk dalam duk ja dalam katanya. aku pun taknak nyusahkan mak pak sendiri. baik aku ikut ja, duit pun dah banyak aku pakai sejak aku start belajar dekat sini, takkan aku nak pikir diri sendiri lagi? mak bapak semakin lama semakin uzur, cubalah paham kan heheheh
sekarang bila aku dah jadi pelajar tahun 4, aku banyak main-main. peraturan hostel pun nak taknak ikut. rasa macam masa ni lah nak 'break the rules' pun bak kata omputeh. nak nakai-nakai sikit. sebab memori dan kenangan kita ja kena bina ecehhhhhhhhh
banyak jugak kenangan aku dekat kv ni, memang banyak gila sejak dari tahun 1. memang takleh lupa rasa nak masuk habuk pulak mata ni wuwuwuwu . bila throwback memang rasa sebak tipulah kata tak sedih. Tak semua kenangan tu bahagia, ada jugak gaduh-gaduh manja tapi tu semua tak lama, biasalah laut tak selalunya tenang. kehkehkeh
Hmmmm rasa macam tak ada apa nak cakap dah sebab kering idea duk dalam sejuk ni freeze terus otak aku.
apa yang aku nak cakap kat sini, untuk korang kawan-kawan aku yang ada baca ni, aku cuma nak pesan..teruskan apa yang korang nak selama ni, maju dalam kehidupan , bantu mak bapak macam korang nak selama ni. berjaya capai target yang korang ada cerita dekat aku. aku doakan korang baik-baik aja. kalau aku ada salah apa-apa , kekurangan yang aku tunjuk yang menyakitkan hati..sorry yaaaaaaaaaaaaaaaaa :')
okayla, sebenarnya bukan aku takda idea ja ni, cikgu aku tengah ngajor pasal human resource, risooo ja dia perasan aku buat benda lain satgi kena bebel aku pulak sakit hati hahahhahahahahaha baiiiiii
#bilaentahakunakserius
random post: unproductive holiday-- lapaq
Wednesday, 9 December 2015 | 13:16 | 0 comments
Assalamualaikum , yassssss aku bosan. Sangat bosan. Bosan terlampau dan segala hiperbola.
*btw tahniah kedah sebab menang kalahkan felda haritu. Buat leklok final ni k huhuhuhuhuhuhuhuhuh k habes iklan
Memandangkan cuti sem aku masih berjalan lancar, macam aku katakan pd member aku sblum cuti sem
‘woi tasha kimsalam’
‘tasha mana?’
‘tashabarnya nak cuti~~’
‘lempang nak lempang?’
Bunyi macam lame kan so what, benda dah lepas buat apa nak
ingatkan balik even aku yg mcm mengingat kembali sebab aku mmg bermasalah huks.
Lagi rasa nak lempang bila aku dpt macam ni
‘wey ainur kimsalam’
‘jap, ainur mana ni’
‘AINUR when that hotline blink.’
‘aku rasa persahabatan kita setakat ni jelah’
Oklah melencong benar nampaknya.
Cuma nak cerita, manusia macam aku ni rasa macam cuti ni sangat
tak produktif, produktif tang mengumpul lemak sekitar celahan belipat dan
sebagainya sahaja. Tepuk dada tanya selera nak makan apa. Makan ja tau, tengok
gegar vaganza sampai nak dekat final dah pun. Punyalah lifeless.
Awal cuti haritu aku ada plan dengan member aku nak bukak
kedai juai ayaq bigcup tu, atas alasan dekat manjung ni payah nak jumpa dan
disebabkan aku frust aku bercita-cita nak buat sendiri. Tapi itu semua dongeng
cerita indon belaka akibat tiada siapa yang akan meneruskan perniagaan ayaq
bigcup kalau kami dah sambung belajaq. Itu alasan mak pak kami dualah. Hmm sedih
gaklah nak buat macam mana takkan nak bukak time aku balik cuti jumaat-ahad kot
itu pun aku mesti dalam kepenatan dan letih confirm punya aku maleh nak buat
dan tak pernah dibuat orang berniaga waktu cuti sekolah saja, sebab aku cuti
sem waktu cuti sekolah huhuhuhuhuhuhuhuhuhu je mampu.
Itulah sedikit sebanyak cerita perniagaan aku yang tak
berapa nak menjadi. Izal pun tak habis nak nganjing aku ‘bisnes macam mana? Okay
ka?’ mmg gaya tanya macam takdak apa, hampa taktau lepas dia habiskan ayat dia tu
terus gelak punya gila macam nak kasi penyepak jaa. Nasib sayang hmm.
Aku meniti hari hari holidayku dengan tidoq lambat buktinya
la ni pun belum nak lena lagi. La ni memanglah tengah update blog bagai, hari
hari lain duk layan cerita Hindustan sama dua tiga empat kali, berjaga sampai
subuh. Pastu tak lama pehtu tidoq balik, bangun tengahari. Tipu lah kata mak
tak beletiaq langsung. Aku rasa berdosa pulak sebab member aku ada yang part
time kerja situ sini. Mungkin bukan masa aku lagi kot, sebab aku takda lesen
lagi. Kalau nak ada lesen pakai duit jugak. So kena kerja, tapi nak tunggu ada
lesen pulak. Hah itulah kitaran yang aku dok pikir sampai la ni. Pening pulak aku~~
Aku dah kering idea pasai bab atas cukup sampai itu ja k,
#Nak tau dak sampai hari ni aku craving nak makan burger kfc
hot n cheesy, aku pi ja habis, aku nk pesan ja ‘sorry mis, burger tengah masak
mungkin ambil masa lama, so zinger burger okay?’ aku pun tengah lapaq tengok
muka casher tu pun aku rasa nak telan ku terima walau sakit hati,
K nak cerita apa lagi, hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
lapaqnya~~
Okay itu aja babai
random post: PEREMPUAN
Friday, 27 November 2015 | 11:19 | 0 comments
Assalamualaikum helu nyah sekalian
(sejak akhir akhir ni aku suka panggei orang nyah, ala aku anggap perkataan 'nyah' tu macam 'babe' hmm pasai kat akulah kan k)
sekarang dah pkul 2.31 pagi dan aku masih belum tidoq sebab ...sebab ...sebab aku punya pasailah kan tidoq pkul brapa pun hmm
ni nak cerita, ada sorang kawan aku ni dia ni aku tak taulah nak dikategorikan sebagai seorang yang putus cinta ke apa tapi gaya dia cerita macam dia dah frust dah nak bercinta. ada satu hari tu dia mintak pendapat aku pasai perempuan. aku pun HARUUUUUUUUUUUU~
aku pun taktau nak kata macam mana dkt dia, aku sbgai perempuan meluat dah tgok perempuan-perempuan zaman skrg ni. duk kejar goals ngarut depa tuh TAPI masak tak reti, kemas rumah taknok baloq liat sungguh laaaaaaaaa
iklan: ni kalau perempuan-perempuan kat luar sana yang mcm terasa dgn post ni takyah kalut aku pantul kat diri aku jugak naa. (maap aku macam emo sbb mmg rasa nak jerit dekat mall ala-ala fazura tu pehtu cakap "PEREMPUAN LAA NI MMG KALUTLAAAA" tapi satgi kena cop gila plak dah.
tapi serious ar aku rimas perut tengok minah minah yang jenis nak sempurna ja ni tak sedar diri tu pun macam mana...itu pun sebab apa? sebab nak kejar goals kepala otak dia tu lah. harulah perempuan sekalian kalau kepala otak hampa sempit lagutu , pikiaq secara terbuka boleh dak. hidup kita ni bukannya senang, bukan nak bekap kaum adam lah tapi tak kesian ka kat depa pening melayan kerenah merepek hampa. bukan depa tak sayang kalau tak ikut apa hampa nak, tapi pikirlah sama. kita bercinta ni saling memahami tu kena ada, paham situasi lah. ni nak ajak makan kafe hipster tiap hari duit perabih kat situ jaa pehtu ada hati nak kawin grand grand , itu belum cerita honeymoon lagi nak pi paris lah parit lah suka hati hampalah.
ni aku cerita buat depa yang hidup sederhana macam akulah, aku pun bukan nak kata kisah cinta aku baik sangat, ada sulitnya jugak. sebab aku belajar dari sekeliling. sebab perangai perempuan yang buat aku rimas perut tadi tu kebanyakannya tak kekal, laki blah macam tu ja. kesian. memang kumbang bukan seekor tapi kalau terus buat perangai mcam tu 10 laki datang 9 lari, yang 1 tu stay sebab desperate hahahahhaha maaplah noo andaikata lahhh kalau taknak benda macam aku kata tadi terjadi dekat hampa jangan buat perangai lagutu
umur dalam 20 keatas ni dah kena fikir masa depan bukan berfikiran tak matang lagi lagi perempuan. bawah 20 tu aku tak mention dekat sini bagi perabih belajaq dulu baru pkir cintan cintun nih. goals yang hampa kejar sangat tu boleh jadi kalau hampa pun berusaha sama dengan pasangan kalau nak berjaya . usaha sendiri, baru puas hati.
Sekarang ni banyak jugak aku tgok budak-budak bawah 18 tahun dah pandai dress up lagi lawa daripada aku yang berhingus ni. Sape tak insecure nyah, mau mendagu tiap kali aku stalk ig depa aduhmakkk rasa macam nak pi buat make over la ni jugak! huhuhuu TAPI TAPI hah ada tapi dia......nak kesah buat apa, depa budak budak lagi, cantik pun pakai duit mak bapak jugak. kerjaya model lah apelah itupun asalnya banyak melawa depan cermin pehtu selfie belakang langsir. itu asalnya kan. ni bukan ayat nak sedapkan hati jauh sekali iri hati cuma nak ingatkan diri kita ni nak melawa biar biasa biasa dulu belajar pandai-pandai kerja baguih baru hampa nak borong make up nars, maybelline, cover girl dan sebagainya dan aku taktau sebab aku tak make up huhuhuhuhuhuhuhuhupuihhhh
aku lebih insecure dengan depa yang asalnya susah lama lama berkat usaha depa tak pernah pudar akhirnya berjaya. dah lah berjaya cantik pulak tuh dan aku hanya mampu berhuhuhuhuhuhuhuhu
hah berbalik kepada kawan aku tadi, aku tanya dia balik, "hang rasa perempuan macam mana? takkan hang taktau langsung prmpuan macam mana?"
dia pun huhuhuhuhu aku rasa dia macam serba salah nak kata sebab aku pun perempuan kan. aku tanya soalan yang sama dan dia cakap "PEREMPUAN NI COMPLICATED LAH muka senyum keluaq ayaq mata"
aku pun kata "Haah memang pun, tu lah jawapan utamanya, segalanya complicated tentang perempuan hahahahahhahaahhahahahahah" itu jawapan aku, gaya macam takde idea sebab aku taktau nak jawab apa dan aku terus makan megi yang hampir sejuk. TAMAT.
FOKUS YA ADIK ADIK
Sunday, 23 August 2015 | 07:17 | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Okay kali ini aku nak terus focus kepada topik iaitu FOKUS
Pernah tak anda mengalami situasi seperti berikut :
Situasi 1
-Okay aku letak PEN ni dekat atas meja
(dengan tindakan tanpa sedar pen itu diambil dan diletakkan
di dalam beg)
(5 Minit kemudian)
Weyy mana pen aku?
-Kau taruk dekat mana?
-Atas meja ni aku YAKIN tadi aku letak atas meja ni. Ada
sapa-sapa Nampak tak?
-Tak pun
-Sape gatal tangan mencuri pulak ni!
(Lupa letak dekat mana lepas tu berharap orang sekeliling
perhatikan PEN dia je. Memang deme takde kerja lain)
Situasi 2
Mak aku bagi duit RM 50. Hanya 50. Tiada unsur penambahan
duit disini.
(Tak sedar yang duit tu dah asyik keluar tanpa sedar sampai
dah ter over spend. Sampai berhutang pulak tuh)
Lepas tuh boleh pulak cakap
“BUKAN DUIT AKU ADA LEBIH LAGI KER?? DUIT AKU HILANG!!”
Situasi 3
Ali aku pinjam jam hang kejap tau. Aku takde jam.
Okay.
(Syok pakai jam orang sampai tercicir kat mana pun taktau.
Sama je macam Situasi 1. Lepas tu gabra barang orang hilang)
Situasi 4
-Wawa nanti jangan lupa hantarkan aku punya tugasan ni tau.
-Okay letak je dalam fail. KEJAP LAGI aku hantar.
(kelusaannya)
-Ali kenapa kamu tak hantar lagi tugasan saya?
-Saya ada passkan dekat Wawa suh hantar
-Astaga! Ada dekat asrama!
Situasi 5
-Takpalah hang dah penat basuh baju, biar aku bawak naik
jelah baldi ni.
-Yeker? Okay
(30 minutes later)
-Weyy hang bawak naik tak baldi?
-Tak.
-_-
(dia yang offer diri nak tolong tapi boleh lupa pulak)
Macam mana? Rasa-rasa ada tak situasi yang dekat atas tu
korang pernah alami? Tak banyak sikit pun adalah. Kalau ada korang sama macam
aku sebenarnya. Lebih kurang.
Actually, aku seorang yang tak fokus dengan apa yang aku
buat. Aku start sedar bila aku dah banyak kali buat kesalahan yang berbeza tapi
sama pada sudut kalau diperhatikan. Aku memang tak fokus.
Benda-benda macam ni kita kena elak as soon as possible
sebab kemungkinan besar macam-macam perkara buruk akan berlaku. Jenis yang tak
fokus dan pelupa macam mak nenek ni asalnya dia terlampau fikir sesuatu yang
tak penting. Dia terbawak bawak pemikiran tu sehinggakan apa yang dia buat tak
masuk dalam kepala dia. So kalau dia dengar, dia dengar cenggitu je. Sebab tu
boleh lupa apa yang dia patut buat.
Selain itu, hal ni boleh bawa effect buruk dekat diri
sendiri, orang lain tak akan berharap dekat kita, yelah kalau kau boleh lupa
nak bawak naik baldi ko rase cane? Boleh ubah perkara macam ni dengan put trust
dekat kawan-kawan, yakinkan orang
sekeliling yang kau tu bukan orang yang tak berguna.
Pernah satu ketika bapak aku nak hantar aku balik asrama.
Masa tu singgah amek dieza (kawan aku). Lepas je amek dieza terus aku jerit
“ALAMAK TUDUNG!”
Nampak tudung sekolah sendiri pun boleh lupa. Sedangkan dah
sangkut depan mata. Satu lagi aku suka letak benda merata-rata, tak jumpa
mulalah meroyan. Mengucap panjang aku.
Yes, kekurangan aku memang jelas ketara. Jangan risau dan
bimbang kepada korang yang alami seperti aku. Kalau macam aku, aku akan tulis kat tangan apa yang aku nak buat secara detail. Contoh:
kalau time tuh aku ada latihan nasyid pukul 10, aku akan tulis bagi aku paham.
"ADA LATIHAN NASYID PKUL 10.30 LPS AMEK SUPPER DEKAT BILIK ELIT KALAU TAK PI MIRA MARAH" hah camtuh. biar macam ada cuak cuak sikit. lagi senang ingat kehkeh.
Itu cara aku, kalau korang aku taktaulah. Cuba bagi korang tulis dekat sticknote setiap apa yang akan korang buat, setiap pesanan yang korang terima daripada member-member ke supaya tak terlepas dan terlupa.
Yelah kan, kita manusia biasa senang lupa, oleh itu marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri. Tak kan kita nak harapkan orang lain jugak nak ingatkan.
Okaylah bye. assalamualaikum
sorry ending of the story macam ringkas sebab aku kering idea byeeeee
Yelah kan, kita manusia biasa senang lupa, oleh itu marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri. Tak kan kita nak harapkan orang lain jugak nak ingatkan.
Okaylah bye. assalamualaikum
sorry ending of the story macam ringkas sebab aku kering idea byeeeee












