TheAglyers
AGLYERS.CO
About link home dashboard twitter instagram follow blogskins


credit and thankyou

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image
Re-Edit by: Me and Sulyanie
Older Post >
:-)
Monday, 25 September 2017 | 10:06 | 0 comments

assalamualaikum, hey i was doin just fun before i met u, i think too much that's why i left u i was insane tenenene,kalau lirik salah tu biarkan ye. heh

hmm hampir sebulan aku mengelamun siang hari tanpa kerja cuma kerja di kedai makan hak milik bonda tersayang sahaja (aku hampir2 nak jadi penganggur terhormat ja itupun nasib mak aku own kedai makan kalau tak mana aku nak keja kan)

sebab2 aku berenti keje dkt ofis sebelum ini usahlah diceritakan, aku malas dah nak open table malas oi malas. hanya beberapa yang aku rajin tersebutlah kisah~ kalau tak haram. tapi kalau orang lain dekat tempat aku mesti faham. sedangkan orang yang tak kenal aku just sembang setengah jam, dah agak memahami..sbb dia lagi tua daripada aku mungkin. hehehe lantaklah malas.

sekarang pun aku macam lack of sleep/ sleeping disorder. kesah nak tido pukul 4 aje...takleh nak tido even aku cuba merapatkan kedua mataku sekuat hati namun gagal. salah satu punca mungkin masalah overthinking aku sekarang ni yang dasyat. aku bukan nak cerita aib sendiri. tapi ni satu aib ke? aib ke sampai menangis banyak kali dan hari. tapi takda sapa tau (sekarang dah taulah anda yang membaca). aku menangis terok gak nasib belum sampai tahap depression gila babi sampai nak telan pil kuda, eh silap pil nak mampus apa semua akutaktaulah. tapi ada lah terpikir nak minum ubat batuk...since aku takleh tido..macam c yei je hahahahhaaha what do i thinking?

aku taktau aku despresi sebab apa. sebab kena push kot. aku ni takleh kena push. aku tak suka kena banding dengan itu ini. aku tak suka dengar benda yang boleh buat aku down. kadang cuba anggap itu semua vibes yang membawa ke arah positiviti kan. when someone knocks u down, itu punca semangat kau kembali...tapi entah jugak. satu lagi silap aku, aku ni jenis "Takpelah" pastu self-esteem rendah namampus walaupun aku huhahuha sana sini. mulut nak bercakap mcm taktau malu. dalam diri aku penuh rasa down tau. aku tak boleh sebab aku fikir macam2. OVERTHINKING tu masalah sebenarnya. tambah pulak orang duk push. mengata belakang takpa aku taktau...ni duk push aku , kata itu ini. pasal rezeki Tuhan beri. aku rasa nak ngamuk je.


then bila aku dah jadi macam ni, aku rasa macam nak cerita kat seseorang, aku takleh terima jawapan depa...contoh: "Ala biasalah tu...." "Takyahlah fikir"
Ada banyak lagi... aku macam hormat depa punya pandangan but please dude, u're not in my shoes so u dont even know even kau pernah rasa sekalipun..tetap berbeza...cara berbeza..lain ya...aku dan kau lain fullstop..aku rasa macam ianya tak membantu aku langsung. okay im sorry for that.

macam2 aku buat...aku rasa sekeliling aku banyak sangat negative vibes, aku rasa ceramuk gaklah..dengan manusia yang nak faham dia je..bila jadi macam ni dekat aku, dia nak menambahkan kusut aku,  aku macam gi mampus lah sial. aku tengah serabut ni. walaupun dia taktau aku kenapa tapi haih entahler... aku asingkan diri, dari realiti tak sangat sebab still kena bergaul dengan family kan memandangkan aku kerja. lupa diri ke?
hanya beberapa org je yang aku masih contact sebab aku selesa dah dengan beberapa org je.

Mesti ada yang macam, drama giler kan. hahahahah biarkan...aku maleh dah nak fikir.
so sekarang ni aku tengah live my life macam biasa aje..takde macam haritu yang nangih2 lagi. dari mana entah spirit yang baik tu...mungkin dari Tuhan huhuhu. aku berserah aje apa nak jadi. aku move on aje dengan kehidupan sekarang. Satu je aku nak cakap, rezeki Tuhan datang dalam pelbagai cara, jenis. jadi aku tak risau dengan rezeki Tuhan bagi. sebab tu aku dah ada plan hidup aku. jadi aku macam triggered bila orang push2 cakap pasal rezeki orang lain dengan rezeki aku. banding2 itu ini. Memang ada manusia macam ni. apa orang kata takyah layan..biar orang nak kata apa. sampai bilalah orang macam ni nak wujud dekat norma masyarakat ni. kan aku dah cakap macam yb hahahahah.

Siapa yang taknak hidup senang dekat dunia ni, cakap dekat aku. sapa yang taknak mak abah dia senang dunia akhirat. Nak hulur duit gaji sikit dekat mak abah macam dulu..seronok weyy. pernah rasa kan perasaan tu? (termasuk berjoli dengan duit sendiri hehhe). Aku nak dorang proud dengan aku. Sedih tau pikir balik. haih nak buat macam mana. selagi aku masih ada mereka, aku tabah je hehehehe pastu aku fikir jugak, aku pikir diri aku susah, ada banyak lagi orang yang susah sangat2 kat luar sana. aku ni apa sangat berbanding mereka. Allah..

there some weakness in me, yg bole "membunuh"  plus overthinking ni angkara setan yang menghasut suruh kau serabut otak pastu distracted nak buat benda lain termasuk menjalankan ibadah dan tanggungjawab. Allah please save myself from being distracted.

---- the end of my story. kalau twitter ni dah dikira thread hahahaha

kot kot orang yang ada masa aku tengah down tu, u know who u are. thanks for being understanding. tak ramai yang tau cerita sebenar. yang aku berkongsi rasa yang padat tu terima kasih ya.

pentingnya dikelilingi orang yang memahami. Tuhan dah susun cantik cerita aku, mungkin belum masa aku lagi. Sabar penguat dalam diri. Insyaallah.


-mak abah i love you,
sincerely by anakmu yang keras kepala batu ada duduk muehehe.