summer camp 2015 (draft)
Monday, 19 June 2017 | 09:56 | 0 comments
Hai assalamualaikum...okay aritu aku ada join satu aktiviti summer camp dekat UNIKL MIMET manjung. first impression was like hmm best ke, tapi bagi aku janji kawan aku ikot, aku on jaaaaaaa...
k macam yang dirancangkan, semua berjalan lancar alhamdulillah. kami menaiki bas dari taiping dan sepatutnya tiba di unikl selama 2 jam perjalanan tapi tulah manusia..hahahhah
okay, hari pertama sampai was good. everything was fine..kami nginap dekat hostel prmpuan..mula2 macam seram gak tapi takda apapun aku saja bagi gempak sikit cerita. aku sebilik dengan my kembaq, irna syakirah. dan kami letak barang dan bersiap sedia untuk turun menjamu selera di kantin. ingat kami ja yang mai lambat, rupanya ramai lagi dari kv lain yang sama lambat. kami pun makan-makan dan bergumbira. malam tu ada ice breaking. lepas solat apa semua ada briefing dekat dewan oleh en.aifogotwhathisname, dia cerita apa semua. abeh tu......mulalah episod seram.
kami di bahagikan mengikut kv. dan tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita bahawa. kami tidak akan berkumpulan mengikut kv, maksudnya kami semua akan dirombak dan bercampur dengan kv yang lain. dalam satu kumpulan mesti diwakili 2 orang drpd kv yang sama iaitu lelaki dan perempuan. dan aku macam.....apa dia buat macam ni. tapi muka aku tenang ja. rupanya dia ikut list name. aku no 7 so, untuk lelaki budak kv aku mesti no 7 jugak so sama grup dengan aku. haih matilah nak.
kami semua masuk grup masing2, and guess what..semua senyap oi. ada lah jugak dua tiga suara tu pun duk tegor kawan grup sebelah, ngadu nasiblah tu . cengeng. aku buat taktau jelah. menong sana menong sini. getap bibir yalah takda benda nak buat. kang aku main masak-masak kang.
semua duk menunggu apalah nasib pasnih. rupanya malam tu cuma kena introduce diri apa semua ja. pastu dapat arahan untuk tugas esok pagi. aku takdalah tak suka bila campur2 ni, cuma makan masa nak biasakan diri. aku cuba lah sembang tanya acah peramah dekat depa. nasib depa layan. kalau aku macam cakap dengan batu. naya ah. kami pun bersurai.
the next day is, kami berkumpul di satu tapak yang agak luas. sebab masa tu macam ada acara senaman lah sikit. dah joget menggedik apa semua, kami bersurai pegi makan. pastu tak lama pastu masuk balik dewan. ada game.
game macam exploracelah tapi melibatkan kawasan satu unikl ni. dahlah besar hawau, rasa nak timbang berat ja aku time tu. boleh kurus weyh. depa bolehlah naik skuter. aku tengok skuter tu pun tak larat nak jalan. hahahahhaah cian.
part explorace ni agak mencabarlah sebab its not individual tau, dia kena ada semangat setiakawan dan kerjasama yang tinggi. so setiap checkpoint ada cabarannya. takleh lupalah kena naik tangga sampai rooftop sebab checkpoint kat situ, dengan jadi tepung gomaknya, minum sirap campur telor. buat telur tu jangan sampai jatuh ke tanah apa ek....hah buat payung terjun...such a failure lah tapi fun kot. best. dapat grup yang macam pfffttttt hah. okaylah boleh blend
sampai ke petang explorace tu, dah rasa penat sangat2. nak mandi pun rasa malas. yelah nak mandi pun kena ikut turn. perempuan yang join dahlah ramai. yang duk after2 pun berapa. hah nasib aku penyabar. habeh segala tu..malam tu ada jamuan raya. okay ni best sebab makan macam2, bergambor. hihihihi
esoknya pulak ada penyampaian hadiah dan majlis penutup. adalah sikit persembahan dari depa semua. mendap gak sebab lambat sangat mulanya....
okaylah jump into the conlusion, its my 1st time joined this kind of acitivty, summer camp yang melibatkan satu kv dalam perak ni. macam merapatkan silaturrahim jugak. and aku rasa hari tu macam sanak sedara jauh datang berkumpul dalam satu tempat. hah gittew.....so aku harap pasnih, aku dptlah join aktiviti mcm ni lagi. sebab aku suka kumpul experience mcm ni.,..okaylah nak sambung tidoq, ngantok boiiii
![]() |
| lAST DAY,...bergambar (gue nampak kurus) |
![]() |
| menyempit dekat meja grup lain..hahahahahhaha |
![]() |
| manje ngat ngat |
![]() |
| my team.. |
![]() |
| eh apa ni, bermadu patutnya empat bukan berlima.. |












