So la da di da di we like to party, dancing with bobo. hahahaha kbye.
Friday, 11 October 2013 | 02:45 | 0 comments
Assalamualaikum. hai. exam semester dua aku bagi tahun 2013 ni telah tamat dan aku agak merdeka sedikit sebab masih tinggal lagi 6 semester lagi. hebat tak? hahahaha *pengsan*
sekarang aku berada di rumah, bercuti kerana raya haji yang akan datang dalam dua tiga hari dan selepas itu aku dikhabarkan tidak dapat pulang sebulan kerana sebulan itulah hari-hari terakhir aku di asrama puteri huhuhuhuhu cedih.
sepanjang aku menjawab exam, aku tak rasa puas selepas menjawab kerana aku rasa berminion minion kesalahan yang aku dah buat, rasa macam tak ada yang betul, penuh kertas exam aku tuh dengan pen merah dan tanda 'X' ni saja. aku rasalah. tapi aku berdoa taklah sebab aku taknak repeat dengan junior-junior tahun depan.
*imaginasi*
Junior: Hai kak.
Aku: *diam*
Junior: Akak macam mana nak jawab soalan macam ni ek? akak tau tak cane
Junior 2: Weyh pssstttt *berbisik*, kau jangan tanya kakak tuh, dia pun kena repeat paper.
Junior: Ohhhh
Aku: huaaaaaaaaa hukhuk :'(
Nak macam tu wawa? ieeeeeee simpang empat taknak aku repeat. AKU HARAP SANGAT yang aku tak kena repeat. Kalau repeat ramai2 takpe kot tapi aku masih kemalu maluan paham tak.
Aku ni sebenarnya pandai tapi pemalas, orang cakaplah. yelah aku ni pemalas tahap gaban. ape yang aku tau pasal diri aku ni, aku ni kena betul-betul minat pada sesuatu benda baru aku boleh jadi pandai dalam benda tu. aku taktau cane nak timbulkan rasa minat belajar. aku minat makan, so kalau campurkan makan dengan belajar boleh ngam tak?
kenyataan: mak aku pun pelik dengan aku. otak aku ni begitu selow kadang-kadang. pandai cakap orang selow, rupenye dia terlebih selow. kau bayangkanlah aku ada 7 ringgit kan, aku mintak mak aku 3 ringgit tapi mak aku bagi 5 ringgit. aku nak kan 3 ringgit je. itupun aku masih kira pakai jari 5 tolak 3 berapa.
"Aik dik, kira pakai jari lagi?"
HAHA itu realiti kawan-kawan.
_________________________________________________________________________________
okay tutup cerita sampai situ je, ni aku nak cerita sikit pasal budak budak Fatimah yang semakin hari semakin sakai. Sejak hari ape entah side A dan side B dah start rapat. tapi yang pasti start haritu yang makan nasi bungkus luar surau ramai-ramai. and wida selalu cakap "EVERYDAY......??" and we alls yang lain jawab "FATIMAH DAY!!" sangat syok tapi bisinglah kan orang nak tidur penat semua huhu.
After that time kan, kami semakin akrab, anything we will do it together. Hebat tau cenggini. Baru unite. sebelum ni aku jealous lah jugak tengok dorm masyitah yang sangat unite and caring diantara mereka. Sweet u know ai jeles. Sekarang kami pun dah suwit lebih dari diorang hahaha.
aku sebenarnya dah takde idea ni. takpelah lain kali kalau aku ada idea balik aku cerita kbye.
BENCI AHHHHH asyik lupa je.







