PiPiYensssss
Friday, 2 August 2013 | 07:17 | 0 comments
Holla peeps, selamat berpuasa ya!. Semoga korang semua dapat habiskan puasa tahun ni dan dapat beraya bersama keluarga tersayang. Amin. Terawih jangan ponteng. sebat buntut jakgi tehehe.
Okay dah aku update blog harini menandakan aku telah dibebaskan bercuti selama dua minggu sebab raya kan. Gila kau nak raya dekat hostel. Taknak aku raya dalam dorm huhu.
Actually ai nak ceritalah semalam kan ai dengan classmates ai iaitu 4 business management pergi iftar sama-sama tau. Syok giler. Kami makan dekat Anjung Damai area taiping hampir taman tasik sebelah library. ai promot ni huhu. Kami tunggu nak naik bas dalam 15 minit, sebab pakcik drebar bas tu kerek. yaa kerek tapi kiut.. Ni hah time menunggu bas.
![]() |
| PIWWIT!! |
![]() |
| muka berseri seri je kan, huhuhu nyampah! -.- |
Akhirnya kami dapat jugak naik bas disebabkan dengan kehadiran dua orang guru praktikal kami. Itupun pakcik drebar macam tak sure nak bagi naik bas ke tak. Kerek duh. Then dah ada dalam bas, kami memulakan perjalanan 15 minit kami ke restoran tersebut.
![]() |
| Myrra Fadzil and Nora Danish hahahaha puih |
![]() |
| Hahhh nampak tak betapa kiutnya 4 orang minah senget kat atas tuh. Yan ohh yan kenapa kau terjun dulu? |
Kami memang nak berlama dekat situ tapi disebabkan cikgu dah hon dari jauh memang malu rasanya macam mak panggil balik makan haha. Kami pun beredar dari tempat tu. Kami berjalan dengan penuh semangat, tapi perut lapar tekak pun masih dahaga.
![]() |
| Awuckk titeww dah laparr uhukss rasa macam kena lejang je aku lepas ni btw lubang hidung takleh nak besar lagi ke? |
![]() |
| 4 Minutes left ! Kami memang tak sabar nak berbuka sebenarnya. |
Aku beli burger dengan sundae je. Save money, nak beli baju cheongsam. HAHA. muat sangat aku pakai cheongsam. Tiba masa kami pulang. Aku and puteri sempat amik gambar together yaw.
Kami berangkat pulang sebab cikgu dah bising suruh balik solat.
![]() |
| alololo shuweetnya jorengg ni hahahah. |
"Puasa penat-penat tapi tak solat buat apa" Itulah yang aku dengar. Even dengar macam membebel kan tapi nasihat berguna tu!. Hehe kami pun balik dan solat maghrib terawih semua. Terawih yang terakhir di asrama. Alhamdulillah kami dapat selesaikannya juga. Hee.
Malam tu pulak ada majlis salam salam di antara form 4 dengan form 5. Sedih jugaklah kan, mintak-mintak maaf bagai. Serious :'/
Naik dorm kemas beg esoknya balik kan, pasang lagu raya kuat-kuat. Pastu bermaafan sesama ahli dorm, bukan ahli dorm je, ahli dorm lain pun kami fatimahnians bermaafan sampai kena marah dengan P.A . suruh senyap dan light off. Aku dengan budak fatimah yang join time tuh ade dekat dorm bawah (Maisarah). Kami terus lari lintang pukang naik tangga hujung yang takde sape berani nak lalu time malam dah takut punya pasal langgar jelah. Huhu
Orite itu sajalah agaknya hari khamis aku semalam. Best sangat-sangat. Puasa tahun ni menarik sangat bagi aku budak yang baru masuk asrama. Rasa aura raya tu sama-sama kawan kan. BEST ! Okaylah aku nak pergi mandi, dah bau asap dah aku ni, tadi duk main bunga api dengan anak-anak buah aku. Hish nasib tak terbakor rumah. cehh acah je WUUHUUU RAYA!
Epilog: Malam tu jugak aku dengan hasna sembang merapu. Ape entah dia merepek. Aku pun tidur lambat sebab dia. Lol. Aku dah ngantok sangat terus aku tidur. Lantak dekat dialah. hahaha.














