terawih :D
Friday, 12 July 2013 | 08:37 | 0 comments
pingpong assalamualaikum!
salam ramadhan saya ucapkan kepada semua yang beragama Islam di seluruh dunia. Yeahh hope korang semua puase penuhlah ye. heheh
Yaw, apa kes kali ni yang aku nak bentangkan. kes? wah ingat macam hal besar je, tak delah besar mana tapi boleh tahanlah besar dia. kes dia aku taktau nak post pasal apa. sebelum aku menekan new post, bermacam macam idea timbul di kepala hotak aku. Selepas aku tekan je, terus hilang idea tersebut. kemana pergi tidak ku tahu. puihh.
Tadi aku pergi terawih. Best sebab ramai jugak kaum hawa datang menunaikan solat terawih bersama-sama. Walaupun sebenarnya solat terawih hanya sunat saje namun ia digalakkan kerana solat terawih ini hanya ada pada bulan ramadhan sahaja., bulan lain tiada.
aku di saf yang hadapan sekali. depan aku langsir yang memisahkan kaum adam dan kaum hawa seperti aku. ecehh. Solat telah dimulakan. aku tak khusyuk sedikit apabila ada beberapa orang kanak-kanak tak paham bahasa atau ayat sopan sikit 'nakal' or in english we call them 'naughty', noty noty. err geli pulak mendengarnya. okay aku teruskan. Mereka bermain galah panjang di dalam surau ketika kami semua sedang solat isyak. bebai tak bebai aku time tuh, duk bising-bising. actually aku taktaulah deme main ape, dah bising keterlaluan tu, main galah panjanglah gamaknye. huhu. rasa nak tibai sorang-sorang, tapi bulan puasa kita haruslah lebih bersabar dan lagipun mereka anak orang tak pasai-pasai aku pulak kena lejang dengan ibu ibu mereka. tak sanggup den. Dan lagi satu aku taklah kejam sangat sampai nak ganyang anak orang, lagipun aku masih punya perasaan penyayang dekat budak2, bakal isteri katakan WAKAKAKA. geli bakhang. tapi memang betul pun kan, huhuhuhu pang sekali.
Dah dorang duk bising-bising, sekali dorang berlari lari. main acik duduk kot. ish entahlah aku pun takde plak terpikir nak investigate deme buat ape. buang masa je. berlari lari, tup tup ada babak drama sikit, ada sorang kanak-kanak terjatuh dan tertarik langsir tersebut. dah dia tertarik, nampaklah aku yang tengah solat ini. Budak tu tgok je aku. aku diam jelah mengkhusyukkan diri. pastu dia tahu aku malu kan, terus dia tutup langsir tu. Memang baik punya budak katekoo, baik sangat berlari dalam surau. heshh.
-aku rasa itu saje cerita karoot aku malam ni, tak ada idea actually kbye-







